" BungaMawarSyurga "

flaw

Hai selamat datang ke BungaMawarSyurga blog


" Akal cantik kerana berfikir, Lidah Cantik kerana banyak berdiam, Wajah cantik kerana senyuman, Hati cantik kerana jiwa yang murni, Suasana cantik kerana sentiasa Istiqamah, Kata-kata cantik kerana bercakap benar "

BungaMawarSyurga





Indahnya bercinta selepas nikah}
Sunday, May 18, 2014 | 12:43 AM | 0Comment

Wahai Calon Suami ku....
Aku bukanlah wanita sempurna....
Ku harap keiklasanmu untuk dapat menerima & memaklumi semua kekuranga Fisik & Sifat ku

Wahai Calon Suami ku....
Aku akan terus berusaha & belajar menyesuaikan diri ku dengan mu

Wahai Calon Suami ku....
Bimbinglah aku, agar dapat menjadi Istri Soleha
Yang dapat selalu menenagkan hati di setiap hari mu
Bimbinglah aku, agar dapat menjadi Ibu Penyayang & Penyabar bagi anak-anak kita kelak

Wahai Calon Suami ku....
Semoga Allah akan selalu memmbantu kita mewujudkan keluarga SaMaRa dalam Ridha, Petunjuk serta Kasih dan Sayang Nya, Amiin

Amin Ya Rabbal Alamin



Diam itu lebih baik.. Jadi, ana mengambil peluang untuk berkongsi serba sedikit tentang cinta dan bagi ana, andai kita mencintai seseorang maka, diamkan lah..serahkan segala-galanya kepada ALLAH.
Jika diri mu jatuh cinta..maka diamkan lah...kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu... jika dirinya, bukan untuk mu, redhailah...kerana ALLAH pasti menyediakan seseorang yang lebih beriman untuk mu...DIAM ITU LEBIH BAIK..
Diam ku...bukan kerana membenci kehadirannya..tetapi ingin menjaga kesuciannya...Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui...
Kita diam bukan bermakna kita membenci sesuatu, tetapi mungkin kita ingin menjadikan ia lebih baik. Pernahkah kita terfikir, jika kita hanyut dalam cinta tanpa ikatan yang sah, ia bakal menjadi satu masalah untuk kita kerana kita sentiasa bergelumang dengan dosa. Apakah yang akan berlaku pada rumahtangga kita? Anak-anak kita?
Adakah kalian masih ingat tentang kisah cinta antara Saidina Ali & Saiditina Fatimah Az-Zahra? Kedua-dua mereka menyimpan perasaan antara satu sama lain, tetapi mereka lebih memilih untuk mendiamkan hal ini dari pengetahuan orang lain. Dengan izin, ALLAH s.w.t, mereka berdua telah di satukan dengan ikatan yang sah.
"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)...
Ramai yang berkata, kalau kita diam, macam mana si dia nak tahu, tentang perasaan, kita?.Ingat, setiap apa yang berlaku di dunia ini, semuanya telah di aturkan oleh ALLAH s.w.t. Jangan risau jika mereka tidak tahu tentang perasaan kalian, tapi risaulah andai diri mu, tidak berupaya untuk menepis dan mengawal perasaan tersebut terhadap seseorang yang tidak halal bagi diri mu.
Jika benar cinta itu karena Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah karena hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir hanya kepada Allah...
Tapi, ingatlah…Cinta ALLAH, adalah Cinta yang kekal abadi.. Kejarlah cinta ALLAH dahulu kerana kita pasti tidak akan kecewa andai kita berjaya mencintai ALLAH dengan sepenuh hati. Bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya.
Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan di sebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana itu hanyalah sementara. Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi. Jika betul-betul sudah bersedia maka kahwinlah..
Post ini adalah untuk peringatan bersama terutamanya untuk diri ini. Semoga kita semua sentiasa di lindungi oleh ALLAH. Jangan pernah kecewa jika kita pernah putus cinta tapi jadikan ia sebagai pengajaran dalam hidup kita. Berusahalah untuk menjadi hamba yang sempurna di pandangan ALLAH bukan di pandanngan mausia.