" BungaMawarSyurga "

flaw

Hai selamat datang ke BungaMawarSyurga blog


" Akal cantik kerana berfikir, Lidah Cantik kerana banyak berdiam, Wajah cantik kerana senyuman, Hati cantik kerana jiwa yang murni, Suasana cantik kerana sentiasa Istiqamah, Kata-kata cantik kerana bercakap benar "

BungaMawarSyurga





}
Thursday, August 11, 2011 | 11:26 PM | 0Comment


sekiranya dapatku undur waktu
ingin sekali aku kembali ke masa lalu
menanti hari pada zaman kecilku
ku rindukan semua itu
sekiranya dapat aku mengubah ketetapan-Nya
ingin sekali aku mengubah masa silamku
rahsia yang tersimpan
membuatkan aku hilang dalam kehidupan
kesangsian demi kesangsian
memenuhi pusat benakku
aku sangsi siapa diriku
kenapa aku diperlakukan begitu?
kehidupanku hampir musnah
hanya kerana kesangsian diriku

sekarang dapat aku menentukan segalanya
ingin sekali aku menghidupkan masa depanku
menceriakan diriku
umpama camar terbang bebas
di ruang angkasa
bebas ke mana saja
dengan keinginan yang kuat
aku suarakan semua itu
tapi...
harapan tinggal impian
seperti sang pungguk rindukan rembulan
menanti tanpa kesepian
moga-moga sinar kebahagiaan
akan menyinari kehidupan di masa depan....